Jihad Talk

March 25, 2009

Kronologi…

Filed under: Uncategorized — syariahtalk @ 12:41 pm

Apa yang berlaku ke atas Gaza sekarang ini adalah siri kezaliman rejim zionis yang telah bermula pada 28 September 2000 apabila kerajaan penjajah Zionis mengisytiharkan wajib melaksanakan sekatan ke atas Gaza kerana ia merupakan kubu kuat pemimpin HAMAS. Bagi merealisasikan rancangan tersebut, penjajah Zionis telah menutup sempadan perhubungan antara Gaza dengan Tebing Barat sepenuhnya. Pihak Zionis juga menyekat pemberian wang cukai yang merupakan hak kerajaan Palestin. Bagi menyempurnakan lagi sekatan, Zionis telah meruntuhkan Pelabuhan Gaza. Bagi sesaper yang malas nak mencari bahan2 dalam Aman Palestin…cuma teman edit dan amik yang teman rasa nak share kat korang.

Dasar FATAH yang mengiktiraf Israel amat disenangi oleh Israel, Amerika dan sekutunya berbanding dengan HAMAS yang sama sekali tidak mengiktiraf penjajahan yang dilakukan oleh Israel di bumi Palestin. Pihak pengurusan Amerika dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas(FATAH) bersepakat dan bersetuju merancangkan satu tindakan untuk menjatuhkan kerajaan HAMAS di Gaza. Antara plan tindakan yang telah disepaki kedua-kedua pihak ialah menghapuskan Kerajaan Campuran anjuran Mekah dan mengumumkan darurat, memisahkan Gaza dengan Tebing Barat, memberikan cukai kepada Abbas yang akan digunakannya untuk membangunkan Tebing Barat di samping Amerika menyakinkan Israel untuk memperbaiki keadaan di Tebing Barat supaya rakyat Palestin di Gaza merasai keadaan mereka semakin teruk di bawah penguasaan HAMAS. Satu tindakan yang boleh membawa rakyat Palestin menentang HAMAS dan belot terhadapnya. Sekatan keseluruhan ke atas Gaza dilakukan oleh Zionis. Semua sempadan yang menghubungi Gaza ditutup. Tindakan ini merupakan satu usaha menghukum penduduk Gaza yang berjumlah lebih kurang 1.5juta orang dan siri membalas dendam Zionis yang berterusan ke atas rakyat Palestin.

DAN AMERIKA SANGAT BERSIMPATI…

http://www.236.com/images/photo2/4413/original/original.jpg

http://www.236.com/images/photo2/4413/original/original.jpg

tidak mengharap mereka, harplah ALLAH yang Maha Berkuasa…

Amerika Syarikat telah menyewa satu kapal pada akhir bulan Dis 2008 bagi memindahkan beribu-ribu tan senjata dari Yunan ke Israel. Tentera Laut Amerika menyebut dalam dokumen yang disiarkannya bahawa kapal tersebut membawa senjata dan bahan-bahan letupan dalam dua pelayaran yang akan sampai kali pertama pada 25 Jan 2009 dan kali kedua pada akhir bulan ini.

Walaupun kemenangan Islam belum dapat dicapai, Allah masih lagi mengekalkan umat ini..

Bridget Syahid Izzuddin Al-Qassam telah melancarkan serangan hebat ke atas tentera Zionis dalam tempoh peperangan selama 22 hari. Seramai 80 orang tentera Zionis terbunuh. Kenyataan tersebut dinyatakan oleh Abu Ubaidah jurucakap bagi pihak bridget tersebut dalam sidang media yang diadakan pada hari isnin 19 Jan 2009. Beliau juga mencabar pihak tentera Zionis mengistiharkan angka kematian dan kerugian yang sebenar akibat perang yang berlaku di Gaza.
Menurut beliau lagi, angka kematian rakyat Palestin dalam perang Gaza ialah lebih dari 1300 orang kebanyakannya terdiri dari kalangan orang awam iaitu kanak-kanak, wanita dan orang tua. Ini menunjukkan peperangan ini yang berlaku semata-mata atas dasar mahu membunuh orang ramai yang diharuskan mengikut akidah Yahudi dalam Kitab Talmud.
Menurutnya, seramai 48 mujahid Al-Qassam tercedera dalam peperangan yang berat sebelah di Gaza. Ia dirancang semenjak sekian lama selepas sekatan ke atas Gaza dilancarkan dan serangan saraf yang besar ke atas penduduk Gaza.
Pihak Bridget Tentera Al-Qassam telah berjaya melancarkan sebanyak 980 buah roket, darinya sebanyak 340 buah roket Qassam, 213 roket jenis Grad dan 422 mortar.
Pihak Bridget juga berjaya meletupkan 79 buah bom peledak rahsia milik Zionis, sebanyak 98 serangan bom terhadap kereta kebal Zionis termasuk menggunakan roket anti kereta perisai, 53 tembakan sembunyi, 12 serangan hendap, 19 serangan secara berdepan terus dengan tentera Zionis, dan satu operasi syahid telah dapat dilakukan oleh Ruzq Samy Subuh di Bait Lahia.
Bridet Al-Qasam juga berjaya memusnahkan lebih kurang 47 buah kereta perisai, 4 buah helikopter dan sebuah helikopter risikan.
Kawan2…sumbanglah. Tak kira apa orang lain cakap kat umat Islam, tak kira apa pandangan mereka, atau pun orang yang namanya Islam sendiri ntah apa2 kerana tak berdiri tegak dengan Islam.
Kenyataan Akhbar Menteri Pekerjaan & Penempatan Palestin di Gaza menyebut, sebanyak 2 bilion dan 215 juta dolar Amerika diperlukan untuk membangunkan kembali Gaza yang musnah akibat serangan yang dilancarkan oleh Israel. Beliau juga menyebut semua usaha bantuan samada pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa tidak akan sampai ke Gaza melainkan apabila dibuka semua sempadan-sempadan dan berkerjasama serta menyusun bantuan dengan kerajaan Hamas di Gaza.
Sebanyak 15 keluarga telah musnah keseluruhan rumah mereka dan 6 ribu keluarga telah rosak teruk rumah mereka.  Bangunan kerajaan dan bangunan-bangunan lain yang telah musnah memerlukan kepada 8 juta dolar Amerika untuk membinanya dan pembinaan kembali Lapangan Terbang Gaza dan Pelabuhan Gaza memerlukan 10 juta dolar Amerika.
Menurut beliau juga melalui bancian kementeriannya sebayak 55 juta diperlukan untuk membina prasarana yang telah musnah seperti saliran air, elektrik, dan seumpamanya dan sebanyak 40 juta dolar Amerika diperlukan untuk membina ladang-ladang pertanian dan haiwan ternakan.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Theme: Rubric. Blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.